0

PPSMI--------->MBMMBI

Posted by kAmi cikGu mAths on 2:06 AM in
berita..oh, berita..
mesti tau ni...eheh

PPSMI atau lebih mudah disebut Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris ialah nama rasmi bagi dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.

Seperti semua telah maklum, PPSMI ini telah dilaksanakan pada 2003 dan hebat diperdebatkan. Kajian yang terperinci dan mendalam telah dilaksanakan demi masa depan dan hala tuju pendidikan di Malaysia.

Akhirnya, pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

Kini, MBMMBI pula diperkenalkan. Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris akan dilaksanakan pada 2012. Dasar ini disifatkan sebagai strategi serampang dua mata yang akan terus memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan bukannya melalui subjek Matematik dan Sains.

KPM telah menjawab persoalan mengapa MBMMBI ini akan dilaksanakan pada 2012 dan bukannya pada 2010 seperti yang dipinta banyak pihak.

"Kementerian Pelajaran memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyediakan segala keperluan seperti buku teks, kurikulum, latihan kepada guru, menambah jumlah guru, mengenal pasti buku rujukan yang sesuai dan lain-lain perkakasan seperti makmal BI.

"Tempoh yang panjang itu juga perlu bagi mengelakkan kecelaruan di kalangan pelajar kerana selama ini mereka mengikuti pengajian mengikut dasar PPSMI, selain memastikan guru benar-benar bersedia melaksanakan dasar baru ini," katanya pada sidang media mengenai hasil mesyuarat meja bulat panel MBMMBI di sini, semalam.

sumber dari bhnews@bharian.com.my

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 :: gEts fuN wiTh mAths :: All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates