0

~~ pengenalan blog ~~

Posted by kAmi cikGu mAths on 7:52 AM in
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kerjasama dan komitmen yang begitu baik daripada ahli-ahli kumpulan kami iaitu Ainun Mardhiah bt Mohamad Noor, Noorashikin Rubaai dan Siti Salwani bt Ab Kadir@Musa, blog ini telah dapat dihasilkan mengikut dateline y ditetapkan.

Pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kpd lecturer kami iaitu, Dr Effandi, seorang lecturer y mempunyai bnyk pengalaman dlm bdg matematik, kerana telah merencanakan penghasilan blog ini yang bertujuan untuk berkongsi apa-apa saja y berkaitan dengan dunia matematik khususnya pengajaran matematik peringkat menengah rendah. sekalung terima kasih kpd beliau kerana berkongsi idea-idea dan pengalaman sepanjang belajar dulu dan mengajar hampir @ lebih 20 tahun.

InsyaAllah melalui blog ini, kita akan dapat berkongsi maklumat berkaitan matematik sama ad isi kandungan subjek matematik d sekolah, masalah-masalah y di hadapi pelajar berkaitan topik-topik y diajar di sekolah, perkembangan subjek matematik, kaedah mengajar matematik yang berkesan dan sebagainya.

segala maklumat y di kongsikan d sini adalah bertujuan untuk membolehkan kita semua mendapat input y berguna dan komen-komen membina amatlah kami alu-alukan daripada anda semua y melawati blog ini. hal ini kerana ianya amat penting untuk kami menambah baik perkembangan blog ini.

di samping itu juga, kami berharap anda y melawatblog kami ini dapat berkongsi maklumat, pandangan, teguran yang tidak kami highligtkan di sini. semoga dgn penghasilan blog ini akan lebih memantapkan pengetahuan kita semua berkaitan dunia matematik terutamanya pada diri kami sendiri yang mana akan menjadi bakal pendidik insyaAllah setahun dari sekarang. mudah-mudahan segala ilmu y d kongsikan d sini akan d berkati oleh Allah S.W.T dan semoga penghasilan blog ini tidak menghadapi sebarang kesulitan dgn izin NYA.amin.

setakat itu sahaja pengenalan dari kami berkaitan blog ini. akhir kata, sama-sama kita berjuang memantapkan lagi dunia matematik khususnya!InsyaAllah. semoga kita bertemu lagi d entri-entri akan datang. ;)..amin.

0 Comments

Post a Comment

Copyright © 2009 :: gEts fuN wiTh mAths :: All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates