0

CIRCLE

Posted by kAmi cikGu mAths on 8:27 PM in
A circle is a simple, perfect shape consisting of those points in a plane which are equidistant from a given point called the center. The common distance of the points of a circle from its center is called its radius.

 
the earth



eclipse 


Parts Of A Circle

Circumference Of A Circle 


The ratio of a circle's circumference to its diameter is π (pi), a constant that takes the same value (approximately 3.141592654) for all circles. Thus the length of the circumference (c) is related to the radius (r) by

  

or equivalently to the diameter (d) by


Area Of A Circle








1

bijak matematik

Posted by kAmi cikGu mAths on 4:35 AM in
Seorang cikgu masuk ke dalam bilik darjah.

Cikgu : Hari ini kita akan belajar mengira..

Murid-Murid : Baik cikgu..

Si guru mula bertanya kepada salah seorang muridnya, Ahmad

Cikgu : Ahmad, jika 1 biji timun ditambahkan 2 biji epal tambah 3 biji nenas dan 4 biji jambu jdi berapa...?

Ahmad : Jadi ROJAK cikgu..!! Nyam2..

Cikgu : Hah...??

0

PPSMI--------->MBMMBI

Posted by kAmi cikGu mAths on 2:06 AM in
berita..oh, berita..
mesti tau ni...eheh

PPSMI atau lebih mudah disebut Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris ialah nama rasmi bagi dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains.

Seperti semua telah maklum, PPSMI ini telah dilaksanakan pada 2003 dan hebat diperdebatkan. Kajian yang terperinci dan mendalam telah dilaksanakan demi masa depan dan hala tuju pendidikan di Malaysia.

Akhirnya, pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

Kini, MBMMBI pula diperkenalkan. Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris akan dilaksanakan pada 2012. Dasar ini disifatkan sebagai strategi serampang dua mata yang akan terus memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan bukannya melalui subjek Matematik dan Sains.

KPM telah menjawab persoalan mengapa MBMMBI ini akan dilaksanakan pada 2012 dan bukannya pada 2010 seperti yang dipinta banyak pihak.

"Kementerian Pelajaran memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyediakan segala keperluan seperti buku teks, kurikulum, latihan kepada guru, menambah jumlah guru, mengenal pasti buku rujukan yang sesuai dan lain-lain perkakasan seperti makmal BI.

"Tempoh yang panjang itu juga perlu bagi mengelakkan kecelaruan di kalangan pelajar kerana selama ini mereka mengikuti pengajian mengikut dasar PPSMI, selain memastikan guru benar-benar bersedia melaksanakan dasar baru ini," katanya pada sidang media mengenai hasil mesyuarat meja bulat panel MBMMBI di sini, semalam.

sumber dari bhnews@bharian.com.my

0

cuba baca sejarah mate dulu..

Posted by kAmi cikGu mAths on 10:34 PM in

kalo pasal sejarah.. ramai yg xsuka bace kan.. yelah mesti mengantukkan.. tp apepun sebelum kite mendekati sesuatu perkara, adalah lebih baik kalo kite cuba mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarahnya.. tidak kira lah sama ada membosankn atau pun tidak. jom kita imbas sejarah matematik ni..

ni gambar bukti berkaitan 'buku ikhtisar' yg mengenai 'pengiraan melalui pelengkapan dan pengimbangan'....................>>>


Perkataan "matematik" berasal daripada perkataan Yunani, μάθημα (máthema), yang bermakna "sains, ilmu, atau pembelajaran"; μαθηματικός (mathematikós) bermaksud "suka belajar". Istilah ini kini merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu -- pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang, dan tukaran.

Sementara hampir semua kebudayaan menggunakan matematik asas (mengira dan mengukur), pengembangan matematik baru telah dilaporkan dalam beberapa kebudayaan dan zaman. Sebelum zaman moden dan peluasan ilmu di merata-rata dunia, contoh-contoh tulisan pengembangan matematik baru mengancam kegemilangan pada sebahagian orang tempatan. Kebanyakan teks matematik kuno yang dapat diperolehi datang dari Mesir purba di Kerajaan Tengah sekitar 1300-1200 SM (Berlin 6619), Mesopotamia sekitar 1800 SM (Plimpton 322), dan India kuno sekitar 800-500 SM (Sulba Sutras). Semua teks tersebut memberikan perhatian pada kononnya dipanggil Teorem Pythagoras, yang nampaknya pengembangan matematik terawal dan tersebar selepas aritmetik dan geometri asas. Bukti pertama yang benar aktiviti matematik di China dapat ditemui pada simbol berangka pada tulang keramat, yang bertarikh kira-kira 1300 SM [1] [2], sementara Dinasti Han di China purba menyumbangkan Buku Panduan Pulau Laut dan Sembilan Bab mengenai Seni Matematik dari abad ke-2 SM sehingga abad ke-2 M. Yunani dan kebudayaan keyunanian Mesir, Mesopotamia dan bandar Syracuse menambahkan ilmu matematik. Matematik Jainisme meyumbang dari abad ke-4 SM sehingga abad ke-2 Masihi, sementara ahli matematik Hindu dari abad ke-5 dan ahli matematik Islam dari abad ke-9 membuat penyumbangan banyak pada matematik.

Satu ciri menarik perhatian mengenai sejarah matematik kuno dan Zaman Pertengahan adalah pengembangan lanjut matematik mengikut dengan berapa abad stagnasi. Mulanya di Zaman Pertengahan Itali di abad ke-16, pengembangan matematik baru, berinteraksi dengan penemuan saintifik baru, telah dilakukan pada tahap yang sentiasa bertambahan, dan bersambungan ke hari ini.


0

~~ pengenalan blog ~~

Posted by kAmi cikGu mAths on 7:52 AM in
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kerjasama dan komitmen yang begitu baik daripada ahli-ahli kumpulan kami iaitu Ainun Mardhiah bt Mohamad Noor, Noorashikin Rubaai dan Siti Salwani bt Ab Kadir@Musa, blog ini telah dapat dihasilkan mengikut dateline y ditetapkan.

Pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kpd lecturer kami iaitu, Dr Effandi, seorang lecturer y mempunyai bnyk pengalaman dlm bdg matematik, kerana telah merencanakan penghasilan blog ini yang bertujuan untuk berkongsi apa-apa saja y berkaitan dengan dunia matematik khususnya pengajaran matematik peringkat menengah rendah. sekalung terima kasih kpd beliau kerana berkongsi idea-idea dan pengalaman sepanjang belajar dulu dan mengajar hampir @ lebih 20 tahun.

InsyaAllah melalui blog ini, kita akan dapat berkongsi maklumat berkaitan matematik sama ad isi kandungan subjek matematik d sekolah, masalah-masalah y di hadapi pelajar berkaitan topik-topik y diajar di sekolah, perkembangan subjek matematik, kaedah mengajar matematik yang berkesan dan sebagainya.

segala maklumat y di kongsikan d sini adalah bertujuan untuk membolehkan kita semua mendapat input y berguna dan komen-komen membina amatlah kami alu-alukan daripada anda semua y melawati blog ini. hal ini kerana ianya amat penting untuk kami menambah baik perkembangan blog ini.

di samping itu juga, kami berharap anda y melawatblog kami ini dapat berkongsi maklumat, pandangan, teguran yang tidak kami highligtkan di sini. semoga dgn penghasilan blog ini akan lebih memantapkan pengetahuan kita semua berkaitan dunia matematik terutamanya pada diri kami sendiri yang mana akan menjadi bakal pendidik insyaAllah setahun dari sekarang. mudah-mudahan segala ilmu y d kongsikan d sini akan d berkati oleh Allah S.W.T dan semoga penghasilan blog ini tidak menghadapi sebarang kesulitan dgn izin NYA.amin.

setakat itu sahaja pengenalan dari kami berkaitan blog ini. akhir kata, sama-sama kita berjuang memantapkan lagi dunia matematik khususnya!InsyaAllah. semoga kita bertemu lagi d entri-entri akan datang. ;)..amin.

Copyright © 2009 :: gEts fuN wiTh mAths :: All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive | Distributed by Deluxe Templates